Pada suatu pagi, singa terjaga daripada tidur. Ia berasa sangat lapar. Dari semalam ia tidak makan apa-apa.
"Hari ini aku mesti mendapatkan makanan, jika tidak aku akan mati kelaparan," fikir singa.
Singa
pun keluar mencari makanan. Ia ingin memburu haiwan. Setelah penat
meredah hutan dan belukar, tiada seekor haiwan pun ditemuinya. Singa
menuju pula ke arah sebatang sungai. Ia berhenti seketika di sungai itu
untuk minum air.
Selepas itu, singa duduk di tepi sungai untuk
menghilangkan penat. Tiba-tiba ia ternampak seekor arnab keluar dari
lubangnya. Singa menghampiri arnab itu. Kedatangannya tidak disedari
oleh arnab. Singa terus menangkap arnab.
"Tolong! Tolong! Jangan bunuh saya! jerit arnab.
"Kamu akan menjadi hidangan saya hari ini," kata singa sambil tertawa.
Pada
ketika itu, seekor rusa sedang melalui kawasan itu. Arnab dan singa
ternampak rusa itu. Arnab mendapat satu akal untuk melepaskan diri.
"Wahai
tuan, adakah tuan akan kenyang jika tuan makan saya kerana badan saya
terlalu kecil. Cuba tuan tengok rusa itu. Badannya lebih besar. Jika
tuan tangkap rusa itu, tentu tuan dapat makan sepuas-puasnya. Lagi pun
rusa itu agak gemuk dan dagingnya sedap berbanding daging saya," kata
arnab.
Singa terdiam mendengar kata-kata arnab.
"Tentulah daging rusa lebih sedap daripada daging arnab." fikir singa.
Singa
pun melepaskan arnab. Ia terus mengejar rusa. Apabila ternampak singa,
rusa terus melarikan diri. Ia lari dan bersembunyi di dalam hutan. Singa
terus mengejar rusa itu dengan pantas. Lama-kelamaan singa berasa
sangat letih. Perutnya juga sakit kerana terlalu lapar. Ia berasa kecewa
kerana tidak dapat menangkap rusa itu. Ia juga menyesal kerana
melepaskan arnab. Disebabkan sikapnya yang tamak, singa tidak berjaya
memperoleh sebarang makanan.
*Moral: Orang tamak selalu rugi.
Sumber
Seekor tikus mengintip disebalik celah di tembok untuk mengamati sang
petani dan isterinya membuka sebuah bungkusan. Ada makanan fikirnya?
Dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus.Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan,
"Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah, awaslah, ada perangkap tikus di dalam rumah!"
Dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus.Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan,
"Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah, awaslah, ada perangkap tikus di dalam rumah!"
Gagak Yang Membantu Mangsa Rompakan
Posted by Crag | 2:27 PM | Gagak Yang Membantu Mangsa Rompakan | 0 comments »
Dikisahkan bahawa Ibrahim Bin Adham bertaubat setelah berlaku satu
peristiwa semasa beliau sedang berburu. Setelah begitu lama berada
diatas kudanya, dia pun berhenti dan mengeluarkan bekalan makanan yang
telah disediakan olehnya sebelum keluar berburu . Tiba-tiba datang
seekor burung gagak menyambar rotinya dan terus terbang. Beliau terkaku
melihat kejadian itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)