Dikisahkan bahawa Ibrahim Bin Adham bertaubat setelah berlaku satu
peristiwa semasa beliau sedang berburu. Setelah begitu lama berada
diatas kudanya, dia pun berhenti dan mengeluarkan bekalan makanan yang
telah disediakan olehnya sebelum keluar berburu . Tiba-tiba datang
seekor burung gagak menyambar rotinya dan terus terbang. Beliau terkaku
melihat kejadian itu.
Melihat keadaan itu, Ibrahim Bin Adham pun menunggang kudanya semula dan
terus mengejar burung gagak itu tadi. Burung gagak itu terus terbang ke
gunung dan Ibrahim Bin Adham masih mengejarnya. Semasa mendaki gunung
itu, beliau telah terserempak dengan seorang lelaki yang telah diikat
tangan dan kakinya . Ibrahim Bin Adham berasa hairan dan terus
bertanyakan kepada lelaki itu,
" Bagaimana kamu boleh berkeadaan
sebegini rupa?". Lelaki itu menjawab " Sebenarnya aku ini seorang
pedagang yang telah dirompak . Mereka telah mencuri keseluruhan hartaku
dan telah mengikat tangan dan kakiku. Aku ditinggalkan disini
keseorangan dengan haus dan lapar. Setelah aku terseksa selama 7 hari ,
dengan izin Allah s.w.t seekor burung gagak telah dihantar olehNya.
Burung ini selalu membawa makanan kepadaku , ia bertenggek diatas dadaku
dan memotong roti dengan paruhnya dan menyuapkan ia kepadaku.
Sesungguhnya Allah s.w.t tidak membiarkan aku kelaparan "
Ibrahim Bin Adham terus merasa insaf dan bertaubat. Setelah pulang ke
rumah, beliau terus menanggalkan pakaian kebesaran dan memerdekakan
hamba-hambanya,mewakafkan semua tanahnya dan hanya membawa tongkat,
beliau menuju ke Madinah tanpa membawa sebarang bekal.
Dengan izin
Allah beliau selamat tiba tanpa merasa lapar.
Subhanaallah
http://petikmutiarahati.blogspot.com/2014/01/kisah-burung-gagak-menolong-hamba-allah.html
0 comments
Post a Comment