“Wahai semut! Berapa
banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”
“Sebesar biji gandum,” jawabnya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut
sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu
tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun,
didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.
“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.
“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri
kepada Allah,” jawab si semut.
“Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin
bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku
tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya
sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa
kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal
tahun berikutnya.”
Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya
raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara
mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat
baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh
pengasih hanyalah Allah SWT semata.
Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan
sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara
dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.
Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia
tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat
bergantung.
Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa
yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri.
Hal itu diketahui oleh
semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji
Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar
janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran
sifat manusiawinya.
Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah
kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.
0 comments
Post a Comment